Bekas pemain kebangsaan, Moey Kok Hong meninggal dunia

Bekas pemain kebangsaan, Moey Kok Hong meninggal dunia

MOEY Kok Hong meninggal dunia akibat penyakit komplikasi jantung ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arena bola sepak negara terus diselubungi kesedihan apabila dikhabarkan seorang lagi bekas pemain kebangsaan Moey Kok Hong menghembuskan nafas terakhir pagi tadi, selepas pemergian legenda bola sepak negara, Khalid Ali semalam.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolsepak Pulau Pinang menerusi kenyataan dalam Facebook.

Kok Hong yang juga bekas pemain Pulau Pinang era 90-an meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

“Salam takziah…Pihak Persatuan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Moey Kok Hong yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau hari ini.

“Beliau merupakan bekas pemain pasukan Pulau Pinang. Sewaktu dalam karier beliau bersama pasukan, beliau pernah memenangi Liga Premier dan Piala FA,” tulis kenyataan itu.

Mendiang pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Tiger 1998 dengan beraksi pada perlawanan pertama menentang Singapura di Hanoi, Vietnam di bawah kendalian Hatem Souisi.

Selain itu, Kok Hong turut beraksi ketika perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia bertemu Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada tahun 1999 di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya