PETALING JAYA: Bekas jaguh permotoran Asia, Azlan Shah Kamaruzaman beri bayangan bahawa musim 2024 bakal menjadi tahun terakhirnya beraksi di Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC). Antara faktor yang menyebabkan Azlan sedang mempertimbangkan keputusan itu adalah disebakan umurnya serta situasi semasa majikannya, Onexox TKKR Racing. Azlan yang kini menginjak ke usia 40 tahun mengakui bukan mudah untuk dia terus bersaing dengan para pelumba muda khususnya dalam kategori perdana, Superbike Asia (ASB) 1000 di ARRC. Tambahan pasukannya, Onexox TKKR Racing kini sedang bergelut untuk mendapatkan penajaan bagi kelangsungan penyertaan mereka dalam saingan ARRC…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya