WASHINGTON: Seorang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di luar kedutaan Israel di Washington, semalam. Media melaporkan, lelaki itu memprotes perang di Gaza. Menurut CNA, anggota kecemasan bergegas ke tempat kejadian sebelum pukul 1 tengah hari sebagai tindak balas panggilan untuk orang yang terbakar di luar Kedutaan Israel. Mereka tiba dan mendapati bahawa terdapat indivisdu yang cuba memadamkan kebakaran. Menurut jabatan bomba, lelaki itu dibawa ke hospital dengan kecederaan kritikal. Jurucakap Tentera Udara mengesahkan kepada AFP bahawa dia adalah anggota aktif Tentera Udara, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya