Aina Abdul kembali ke pengurusan lama - Utusan Malaysia

Aina Abdul kembali ke pengurusan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ini pasukan terbaik saya,”

Demikian respons penyanyi, Aina Abdul, 31, yang mengesahkan sudah kembali kepada pengurusan lamanya iaitu individu bernama Zizi Hadid dan abangnya sendiri.

Menurut Aina, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan pengurusan tersebut untuk mengelola kerja seninya selepas ini.

“Saya sudah kembali kepada pasukan pertama saya. Apa yang boleh saya katakan, ini adalah pasukan yang terbaik.

“Bagaimana saya ke kiri atau kanan sekalipun, mereka inilah yang bersama dan selalu ada menyokong saya,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambah penerima Anugerah Diva Terulung pada KNKV Viral Award 2024 itu lagi, bekas pengurus, Azrul, bagaimanapun sudah mempunyai haluan yang lain.

“Semua orang ada rezeki masing-masing. Pengurus lama saya sudah mempunyai peluang pekerjaan lain.

“Kini, saya balik kepada pasukan pertama saya iaitu pengurus dan abang saya yang sudah menjaga saya sejak dahulu,” tambahnya.

Sebelum kembali menguruskan Aina, Zizi Hadid pernah bekerja dengan penyanyi Nadeera selama beberapa bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya