KANCHANABURI: Seramai 36 pelancong Malaysia dan seorang pemandu bas persiaran Thailand cedera apabila bas yang dinaiki mereka terbabas di jalan berhampiran daerah Bo Phloi di sini, petang semalam. Lapor Bangkok Post, menurut polis, kejadian berlaku di antara penanda kilometer 14 dan 15 di Jalan Bo Phloi-Lat Ya, pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari. Polis, penyelamat dan pegawai perubatan yang bergegas ke tempat kejadian mendapati kesemua 39 orang di dalam bas persiaran itu cedera, termasuk 36 rakyat Malaysia. Ada penumpang yang mengalami kecederaan parah. Lebih 20 ambulans dikerahkan ke tempat kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya