Zahirah, Aiman baik-baik sahaja - Pengurusan - Utusan Malaysia

Zahirah, Aiman baik-baik sahaja – Pengurusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tiada komen daripada mereka berdua. Kerja berjalan seperti biasa.”

Itu jawapan pengurus pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza, Min Yasmin ketika diajukan soalan keadaan dua pelakon tersebut selepas kontroversi dicetuskan aktres, Fathia Latif baru-baru ini.

Jelas Min Yasmin, kedua-dua pelakon di bawah pengurusannnya itu tetap bekerja seperti biasa dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan balas atau respons terhadap dakwaan yang dilemparkan Fathia.

“Aiman baru selesai penggambaran dengan filem Harimau Malaya The Untold Journey. Dia akan masuk ke set penggambaran drama juga dalam masa terdekat.

“Zahirah juga sepatutnya mula penggambaran untuk filem sama dan sebuah drama tetapi terpaksa tarik diri selepas mengetahui kehamilan anak keduanya,”ujarnya.

Terdahulu, Fathia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyamakan wajah Zahirah dengan bibik dan mendakwa Aiman tidak mempunyai sebarang wang dalam simpanan serta suka meminjam-minjam.

Dalam pada itu, Min juga memaklumkan Zahirah akan berehat sementara namun tetap aktif dengan komitmen dan kempen dengan jenama dalam serta luar negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya