WHO bimbang sistem kesihatan runtuh di Gaza

WHO bimbang sistem kesihatan runtuh di Gaza

PENDUDUK Palestin yang dipindahkan berlindung di Hospital Shuhada Al-Aqsa, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan runtuhnya sistem perkhidmatan hospital di selatan dan tengah Gaza dengan ratusan kakitangan perubatan serta pesakit melarikan diri demi menyelamatkan nyawa mereka.

Lapor Al Jazeera, kira-kira satu pertiga daripada hospital Gaza berfungsi di kawasan yang dibom Israel.

Pertempuran kini semakin rancak di kawasan tengah dan selatan Gaza sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada hospital yang masih beroperasi. 

“Apa yang kami lihat adalah benar-benar membimbangkan di sekitar Hospital Al Aqsa dan permusuhan yang semakin sengit yang sangat dekat dengan Hospital Gaza Eropah dan sangat dekat dengan Nasser (Hospital).

“Kita tidak boleh kehilangan kemudahan kesihatan ini. Ia mesti dilindungi sepenuhnya. Ini adalah barisan terakhir penjagaan kesihatan menengah dan tertiari yang ada di Gaza, dari utara ke selatan, ia menurun, hospital demi hospital,” kata Sean Casey, penyelaras pasukan perubatan kecemasan WHO di Gaza.

Beliau berkata, pesakit turut mempertaruhkan nyawa mereka untuk pergi ke hospital di bandar selatan Khan Younis Selasa lalu berikutan pertempuran yang berterusan.

Semasa lawatan ke Al Aqsa di tengah Gaza dua hari lalu, Casey mendapati bahawa 70 peratus kakitangan meninggalkan jawatan mereka. 

Pada malam yang sama, katanya, ratusan pesakit yang cukup sihat turut melarikan diri.

Ramai kakitangan di Hospital Nasser di bandar Khan Younis juga menyertai ratusan ribu rakyat Gaza yang lain dengan berkerumun ke tempat perlindungan di hujung paling selatan semenanjung itu, tambahnya. 

Kini, terdapat hanya seorang doktor untuk merawat lebih 100 mangsa melecur di sana, katanya.

“Apa yang terus kita lihat ialah sistem kesihatan tergendala,  pekerja kesihatan tidak dapat pergi ke tempat kerja mereka untuk menjaga pesakit kerana mereka takut nyawa melayang… Pesakit  dan keluarga mereka takut untuk pergi ke hospital kerana mereka mungkin mati.

“Kami melihat sistem kesihatan runtuh pada kadar yang sangat pantas,” tambah Casey.

Rik Peeperkorn, wakil WHO untuk Wilayah Palestin memberitahu, semakin sukar bagi WHO untuk membuat penghantaran perubatan di dalam Gaza.

“Apa yang kita saksikan adalah ruang kemanusiaan yang kompleks dan mengecut kerana permusuhan bergerak ke selatan, dan kini kita kekurangan akses,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya