Soalan:
Saya tidak dapat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna semasa solat. Saya sering mengulangi ayat-ayat dalam surah al-Fatihah kerana ingin mendapatkan makhraj yang betul dan akhirnya was-was. Jika saya membaca sekali sahaja walaupun makhraj tidak betul, adakah sah?
Jimmy
Johor
Jawapan:
Bacaan al-Fatihah yang tidak mengubah makna dan tidak cacat makhrajnya sudah memadai bacaannya. Jangan terlampau was-was sehingga mengulanginya berkali-kali.