Wanna Ali batal pertunangan dengan kekasih - Utusan Malaysia

Wanna Ali batal pertunangan dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Wanna Ali, 26, mendedahkan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dengan seorang individu sebelum ini terkubur selepas hubungannya dengan lelaki terbabit terputus di tengah jalan.

Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, pertunangan yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember lepas itu dibatalkan atas sebab tertentu yang dirahsiakannya daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak sedih atau ralat kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik ditakdirkan buat saya. 

“Memang kadangkala terkesan juga apabila fikir tentang perkahwinan, namun saya yakin dengan jalan yang Allah tentukan untuk saya.

“Saya juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu adik dan ibu. Mungkin Allah berikan rezeki untuk mereka melalui saya,” katanya yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Wanna bagaimanapun memaklumkan Putus cinta bukanlah pengakhiran buatnya sebaliknya membuatkan dia lebih fokus untuk mengembangkan kerjaya lakonan. 

Malah pelakon filem Polis Evo 3 ini teruja berkongsi tentang perancangan tahun ini.

“Tahun 2024 ini, ada banyak perkara yang saya hajatkan. Alhamdulillah, saya akan bekerja dengan produksi baharu dan melebarkan kerjaya saya untuk platform over-the-top (OTT). 

“Selain itu saya akan menunaikan umrah. Ini adalah hajat yang saya simpan sejak awal tahun lepas.

“Saya juga merancang untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga. Sekarang ini saya masih menyimpan wang yang akan digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membelinya nanti,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya