UK rancang projek loji nuklear berskala besar 

UK rancang projek loji nuklear berskala besar 

TAPAK pembinaan stesen janakuasa nuklear di Bridgwater, Somerset.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) sedang mengkaji rancangan untuk membina loji nuklear berskala besar baharu, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelewatan projek sedia ada.

Perdana Menteri, Rishi Sunak berkata, nuklear adalah ‘antidot sempurna’ kepada cabaran tenaga yang dihadapi Britain dengan projek terbaharu itu akan menjadi perkembangan terbesar sektor tersebut dalam tempoh 70 tahun, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar negara.

“Daripada dua rundingan yang diterbitkan kelmarin, kita akan memberi tumpuan kepada pendekatan baharu untuk menempatkan stesen janakuasa nuklear masa hadapan dan memperkasakan pemaju untuk mencari lokasi yang sesuai selain menggalakkan pelaburan swasta.

“Penglibatan masyarakat akan kekal kritikal untuk sebarang keputusan di samping mengekalkan kriteria utama seperti kepadatan penduduk berdekatan,” kata kerajaan.

Loji baharu itu akan menggandakan bekalan tenaga menjelang 2050.

Tetapi kebimbangan dibangkitkan dengan projek nuklear sedia ada sudah ketinggalan dari jadual dan melebihi belanjawan yang ditetapkan.

Pelan Hala Tuju Nuklear Awam kerajaan bertujuan untuk memperkukuh kemerdekaan tenaga UK dan meneroka tapak baharu untuk stesen janakuasa nuklear lain dengan loji bernilai 30 bilion pound (RM177.95 bilion) sedang dibina di Hinkley Point di Somerset dan Sizewell di Suffolk.

Sumber industri memberitahu BBC, lokasi berpotensi lain termasuk Wylfa di Anglesey atau Moorside di Cumbria.

Pelan itu juga menjanjikan 300 juta pound (RM1.7 bilion) untuk menghasilkan bahan api reaktor nuklear di UK yang kini hanya dikeluarkan secara komersial di Russia.

Kuasa nuklear pada masa ini membekalkan kira-kira 15 peratus daripada tenaga elektrik UK tetapi kebanyakan reaktor akan ditamatkan operasinya dalam dekad yang akan datang.

“14 tahun dan tiada satu tapak baharu dibuka, walaupun mewarisi 10 tapak yang diluluskan daripada kerajaan Buruh yang lalu. Parti Buruh menyokong perkembangan armada tenaga nuklear UK yang mesti membentuk bahagian penting dalam campuran tenaga masa depan kita,” kata Pakar Tenaga Bersih, Jack Abbott.

Ketua Eksekutif Persatuan Industri Nuklear, Tom Greatrex turut mengalu-alukan penerbitan pelan hala tuju dan peraturan yang dikemaskini itu tetapi berkata, UK perlu membangunkan kedua-dua penjanaan nuklear besar dan kecil dengan pantas.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya