Tular guru temukan palam pintu Boeing tercabut ‘Made in Malaysia’

Tular guru AS temukan palam pintu Boeing tercabut ‘Made in Malaysia’

PINTU pesawat yang tertulis perkataan 'Made in Malaysia' dijumpai seorang guru sains, Bob Sauer di Portland, Amerika Syarikat. -opb.org
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTLAND: Tular dalam media sosial mengenai palam pintu yang yang terjatuh dari pesawat Boeing 737 Max 9 semasa dalam penerbangan pada malam Jumaat lalu tertulis perkataan ‘Made In Malaysia’ dengan tulisan tangan dan menggunakan pen penanda.

Menurut laporan opb.org, pintu itu ditemukan tersekat di atas dahan pokok di halaman belakang rumah seorang guru sains Sekolah Catlin Gabel, Bob Sauer.

Penemuan itu bagaimanapun diyakini boleh membantu mengekalkan bukti kejadian tersebut.

Palam pintu itu disahkan dari pesawat  Boeing 737-9 MAX yang diterbangkan oleh Alaska Airlines pada 5 Januari lalu dan terjatuh di kawasan kejiranan barat daya Portland. 

“Pokok-pokok itu seperti beg udara yang menghalang impak kejatuhan pintu pesawat berkenaan. Jadi, ia tidak jatuh ke tanah dengan kuat,” kata Sauer.

Sauer mendengar tentang kejadian itu pada Jumaat lalu, namun, tidak memeriksa kebunnya sehingga Ahad lepas.

Namun, seorang rakan menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbit bahawa terdapat pintu pesawat di jalan berhampiran rumahnya.

Sauer berkata, dia mengeluarkan lampu suluh dan melihat sesuatu berwarna putih di atas pokok.

“Jadi, jantung saya mula berdegup sedikit lebih laju. Saya terfikir, ‘Ya ampun, bolehkah ini benar-benar berlaku?’ Sudah tentu betul.

“Saya fikir ia kemungkinan besar boleh membuat kesan kemek besar pada badan kereta saya. Jadi, saya sangat gembira ia mendarat di tempat sepatutnya,” ujarnya.

Selepas menemukan pintu pesawat berkenaan, Sauer menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB). 

Dia berkata, dia tidak menyentuhnya kerana takut memusnahkan bukti.

Sauer berkata, kakitangan NTSB terkejut dan gembira pintu itu kekal utuh.

Bagaimanapun, dia tertarik melihat nombor siri palam pintu pesawat dan butiran pembuatannya nampaknya ditulis tangan di pintu dengan pen penanda.

“Itu cara yang menarik untuk melakukan kawalan inventori,” katanya.

Tulisan pada palam pintu itu mengatakan ia ‘Made in Malaysia’.

Ditanya mengenai tulisan tangan itu, Boeing berkata, NTSB aktif melakukan penyiasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya