Tiga tentera AS terbunuh di Iran beri tekanan politik buat Biden

Tiga tentera AS terbunuh di Jordan beri tekanan politik buat Biden

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kejadian tiga tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan mencederakan berpuluh-puluh lagi di Jordan yang didakwa dilakukan pemberontak meningkatkan tekanan politik ke atas Presiden AS, Joe Biden.

Kejadian itu ditakuti mencetuskan perang yang lebih luas.

Menurut pakar politik, pilihan tindak balas Biden boleh berkisar di mana-mana sahaja iaitu menyasarkan tentera Iran di luar hingga di dalam Iran.

Malah, Biden berkata, AS akan bertindak balas tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Republikan menuduh Biden membiarkan tentera AS menjadi mangsa keadaan, menunggu hari apabila dron atau peluru berpandu mengenai pertahanan pangkalan tentera AS.

Sebagai tindak balas, mereka berkata, Biden mesti menyerang Iran.

“Dia meninggalkan tentera kami sebagai mangsa keadaan.

“Satu-satunya jawapan kepada serangan ini mestilah tindakan balas tentera yang dahsyat terhadap pasukan pengganas Iran di Iran dan di seluruh Asia Barat,” kata Senator Republikan AS, Tom Cotton. 

Semalam, tiga anggota perkhidmatan AS terbunuh dan sekurang-kurangnya 25 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria.

Kematian itu adalah yang pertama bagi tentera AS di Asia Barat sejak perang Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober lalu.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di rantau itu di mana Israel meneruskan perangnya ke atas Gaza sebagai tindak balas kepada serangan oleh kumpulan Palestin Hamas di selatan Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,139 orang, menurut pihak berkuasa Israel.

Serangan Israel berikutnya ke atas Gaza membunuh lebih 26,400 orang, menurut pegawai Palestin di wilayah yang dikepung.

Dalam pada itu, Republikan yang mengetuai Jawatankuasa Pengawasan Tentera AS di Dewan Perwakilan, Wakil Mike Rogers juga menggesa tindakan diambil terhadap Iran.

“Sudah lama Presiden Biden menahan rejim pengganas Iran dan proksi pelampau, mereka bertanggungjawab ke atas serangan yang mereka lakukan,” kata Rogers.

Bekas Presiden AS, Donald Trump yang berharap untuk menentang Biden dalam pilihan raya presiden tahun ini menggambarkan serangan itu sebagai akibat daripada kelemahan dan penyerahan Joe Biden.

Pentadbiran Biden berkata mereka berusaha keras untuk melindungi tentera AS di seluruh dunia.

Seorang Demokrat secara terbuka menyuarakan kebimbangan bahawa strategi Biden untuk membendung konflik Israel-Hamas ke Gaza gagal.

“Seperti yang kita lihat sekarang, ia semakin tidak terkawal. Ia mula muncul sebagai perang serantau, dan malangnya Amerika Syarikat dan tentera kita berada dalam bahaya,” kata Wakil Demokrat Barbara Lee.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya