Tidak tahu ada perjanjian, muat naik gambar kerana terlalu rindu - Noh Salleh - Utusan Malaysia

Tidak tahu ada perjanjian, muat naik gambar kerana terlalu rindu – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung anak angkatnya, Wan Nuraisyah Athirah.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram, penyanyi Angin Kencang itu mengakui tidak mengetahui perjanjian larangan memuat naik gambar anak angkatnya, Musa di mana-mana platform media sosial.

“Saya tidak tahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina menyatakan kami dilarang memuat naik gambar muka Musa di platform media sosial

“Sebagai seorang manusia biasa, saya pasti ada membuat kesilapan kerana tidak memikirkan sensitiviti beliau sebagai ibu kandung.

“Saya terlalu mengikut perasaan rindu kepada Musa dan telah memuat naik gambar anak saya, sama seperti ibu bapa lain di luar sana,” tulisnya.

Bagi menghormati permintaan Athirah sebagai ibu kandung, Noh bertindak memadam semua gambar Musa di media sosial dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.

“Oleh itu, saya, Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi.

“Saya akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa dan memadam gambarnya di laman media sosial saya.

“Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 dan 6 Februari,” jelasnya.

Noh turut menegaskan, Musa kini telah berada di bawah jagaan bekas isteri, Mizz Nina.

Terdahulu, ibu kandung kepada anak angkat Noh dan Nina bernama Athirah mendakwa dirinya dimanipulasi penyanyi itu.

Athirah juga menbuat tiga tuntutan kepada Noh iaitu menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam gambar yang mendedahkan wajah anaknya bernama Musa itu dalam tempoh 24 jam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya