Tesla tarik balik 1.6 juta kenderaan EV di China

Tesla tarik balik 1.6 juta kenderaan EV di China

ORANG ramai mencuba kenderaan elektrik Tesla Model 3 di ruang pameran semasa Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) di Beijing pada 1 Disember 2023.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tesla menarik balik lebih 1.6 juta kenderaan elektrik (EV)  di China, kata pengawal selia pasaran negara itu.

Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (SAMR) berkata dalam satu kenyataan, model-model yang ditarik balik ialah model import Model S, Model X , Model 3 serta model domestik 3 dan Model Y.

Penarikan semula itu bagi tarikh pengeluaran antara 26 Ogos 2014 dan 20 Disember 2023.

Perkara ini menandakan satu lagi tamparan hebat buat firma Amerika Syarikat (AS) itu elepas beberapa hari jumlah jualan EV global mereka ditewaskan oleh BYD China pada suku keempat.

Penarikan balik itu  dicetuskan oleh penemuan masalah dengan fungsi pemanduan berbantu dan sistem penguncian pintu kereta itu.

China ialah komponen penting dalam susun atur jualan global Tesla, sebagai pasaran pengguna yang besar manakala tuan rumah kilang pembuatan utama adalah di Shanghai.

“Mulai sekarang, sebanyak 1,610,105 model import Model S, Model X dan Model 3 serta model domestik 3 dan Model Y kenderaan elektrik dengan tarikh pengeluaran antara 26 Ogos 2014 dan 20 Disember 2023 akan ditarik balik.

“Bagi kenderaan dalam skop panggilan balik ini, apabila fungsi stereng bantuan automatik dihidupkan, pemandu mungkin menyalahgunakan fungsi pemanduan berbantu gabungan tahap dua, meningkatkan risiko perlanggaran kenderaan dan menimbulkan bahaya keselamatan,” kata SAMR.

Penarikan balik itu juga termasuk 7,538 model Tesla import yang dibuat antara 26 Oktober 2022 dan 16 November 2023 yang didapati mempunyai masalah dengan kawalan logik buka kunci pintu.

Pada 2022, firma itu menarik balik hampir 128,000 kereta di China kerana kecacatan penyongsang motor belakang dan bulan lepas, Tesla memulakan penarikan balik lebih dua juta kenderaan di AS dan Kanada kerana risiko yang berkaitan dengan perisian autopilot.

China sangat menggalakkan penjualan EV dan hibrid melalui subsidi dan menyasarkan untuk memiliki majoriti kereta yang dikuasakan dengan tenaga bersih menjelang 2035.

Semasa lawatan ke China pada musim bunga lalu, bos besar Tesla, Elon Musk memuji daya hidup negara itu.

Dia berkata bahawa bersedia untuk terus memperdalamkan kerjasama yang saling menguntungkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya