Terokai khazanah alam Johor

Terokai khazanah alam Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARANGKALI ramai yang mengaitkan Johor sebagai syurga keseronokan dek Legoland dimiliki. Kalau itu tanggapannya, anda silap.

Negeri Permata Selatan yang terkenal dengan kisah legenda Puteri Gunung Ledang ini, memiliki tarikan yang lebih daripada itu khususnya dalam kalangan penggemar alam yang suka mencabar adrenalin.

1. TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG
Terokai keindahan kepelbagaian spesies flora dan fauna di gunung legenda ini. Pengunjung boleh bersantai menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagi yang ingin bermalam, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) menyediakan kemudahan penginapan seperti chalet, dormitori dan tapak perkhemahan. Pilih sahaja jenis yang diingini.

2. AIR TERJUN GUNUNG LEDANG
-Pengunjung juga boleh menikmati kesegaran dan kedinginan Air Terjun Gunung Ledang, terletak hanya di pintu masuk bersebelahan dengan TNJ Gunung Ledang (Lagenda).

Riuh rendah suara pengunjung yang seronok mandi-manda pasti memeriahkan lagi kunjungan ke sini. Kalau terasa lapar dan haus, usah risau, beli sahaja pelbagai jenis hidangan dijual di beberapa gerai di kawasan berkenaan.

3. TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN
-Lokasi ini diiktiraf sebagai ASEAN Heritage Park Ke-51 di peringkat ASEAN menjadikan kawasan ini mega-biodiversiti. Ketibaan ke sini akan ‘disambut’ pelbagai jenis flora dan fauna.

Ketenangan suasana hutan daranya amat mendamaikan. Jika bernasib baik, pengunjung mungkin terserempak dengan pelbagai spesies hidupan liar, termasuk gajah.

Pengunjung juga boleh merasai debaran serta keseronokan menyertai aktiviti water-tubing bersama-sama rakan-rakan menghilir jeram. Aktiviti ini pasti menjadi pengalaman dan kenangan yang tak mampu dilupakan.

Mandi-manda bersama ikan kelah di Tasek Air Biru juga mampu memberikan pengalaman yang sangat mengujakan kepada anda.

Namun, aspek keselamatan wajib diutamakan dan peserta harus mendapat bimbingan dan pemantauan daripada petugas taman negara yang berpengalaman.

Ibarat kembali ke kampung halaman, suasana di kedua-dua taman negara tersebut dapat memberikan ketenangan dan kedamaian yang dicari selama ini.

4. TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI DAN PULAU KUKUP
Dua lokasi ini berada di bawah seliaan PTNJ. Semasa kunjungan ke Taman Negara Tanjung Piai, jangan lupa merakam foto atau video di monumen Penghujung Benua Asia sebagai bukti telah menjejakkan kaki ke situ.

Kunjungan ke sini juga pasti memberikan pengalaman dan kenangan yang indah untuk dibawa pulang serta dikongsikan dengan ahli keluarga serta sahabat handai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya