THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel dihalang daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Malah, Israel diperintahkan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membantu orang awam di Gaza.
Dalam keputusan yang dibaca hari ini, Presiden ICJ, Joan Donoghue berkata, Israel mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tenteranya daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai, menghukum dan mesti mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan.
“Walaupun ICJ tidak mengarahkan gencatan senjata, ia tidak akan membuang kes pembunuhan beramai-ramai, memutuskan bahawa rakyat Palestin kelihatan sebagai kumpulan yang dilindungi di bawah Konvensyen Genosid 1948.
“Ia tidak memutuskan merit dakwaan pembunuhan beramai-ramai,” kata Donoghue.
Pada 12 Januari lalu, Afrika Selatan membawa kes itu ke ICJ dan meminta ICJ memberikan langkah kecemasan untuk menghentikan pertempuran yang kini membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin.
Negara itu menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai selepas pejuang Hamas membuat serangan ke Israel, membunuh 1,200 dan menculik lebih daripada 240 tebusan.
Israel dilaporkan berusaha untuk membuang kes tersebut.
Israel menyifatkan dakwaan Afrika Selatan palsu dan sangat diputarbelitkan dan berkata ia melakukan usaha terbaik untuk mengelak korban awam.-REUTERS