Tentera Israel temukan terowong Hamas dengan sel sempit

Tentera Israel temukan terowong Hamas dengan sel sempit

SEL bawah tanah yang, menurut tentera Israel digunakan oleh pejuang Hamas untuk menahan tebusan di Gaza.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Di hujung terowong yang panjangnya satu kilometer di Gaza, tentera Israel menemukan sel-sel sempit di mana mereka mendakwa Hamas menyimpan kira-kira 20 orang tebusan.

Jurucakap tentera,  Laksamana Madya Daniel Hagari berkata, mereka menemukan kawasan tahanan, lima bilik sempit di belakang palang besi, tandas, tilam, malah, lukisan seorang kanak-kanak tebusan yang dibebaskan semasa gencatan senjata November lalu. 

Bagaimanapun tiada tebusan ditemukan sewaktu penemuan itu.

Tentera mendedahkan gambar dari bawah tanah dan mengatakan ia membawa masuk wartawan untuk mendokumentasikan terowong sebelum ia dimusnahkan.

Pintu masuk terowong, kata Hagari, terletak di rumah seorang ahli Hamas di bandar selatan Gaza, Khan Younis, di mana Israel memfokuskan pertempuran beberapa minggu terakhir ini bagi menentang kumpulan pejuang itu.

“Askar memasuki terowong di mana mereka berdepan dengan pengganas, terlibat dalam pertempuran yang berakhir dengan kemusnahan pengganas,” kata Hagari.

Bagaimanapun, menurutnya, terowong itu dipasang dengan bahan letupan.

“Menurut keterangan yang kami miliki, kira-kira 20 orang tebusan ditahan di terowong ini pada waktu yang berbeza dalam keadaan yang sukar tanpa cahaya matahari, udara yang padat dengan oksigen yang sedikit dan kelembapan yang teruk yang membuatkan pernafasan sukar,” katanya.

Beberapa tebusan yang ditahan di sana dibebaskan semasa gencatan senjata selama seminggu yang dipengantarakan oleh Qatar.

Lebih daripada 130 orang yang ditawan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel masih berada di Gaza.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya