Telco diarah baiki perkhidmatan di Melaka

Telco diarah baiki perkhidmatan di Melaka

FAHMI Fadzil bersama Fairul Nizam Roslan (dua dari kiri) ketika melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) dengan menaiki Bot Melaka River Cruise di Melaka, hari ini. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 26 Jan. – Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi diarahkan meningkatkan dengan segera kualiti perkhidmatan di seluruh negeri ini setelah Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) yang dijalankan merekodkan lima panggilan terputus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjalankan ujian itu dengan menaiki bot Melaka River Cruise iaitu sebuah lokasi yang sinonim sebagai tarikan pelancong untuk menilai isu panggilan terputus bagi rangkaian mudah alih.

“Program ini melibatkan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (telcos) iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM) dan YES (YTL). 

“Sepanjang ujian dilakukan menggunakan laluan perjalanan Jeti Hotel Casa Del Rio-Taman Pengkalan Rama-Jeti Hotel Casa Del Rio, lima panggilan terputus telah direkodkan,” ujarnya kepada pemberita selepas melakukan ujian tersebut sepanjang 4.5 kilometer di Sungai Melaka di sini semalam. 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa dan Ketua Bahagian Koordinasi Negeri SKMM, Bukhari Yahya. 

Fahmi berkata, ujian tersebut merupakan yang kedua selepas sesi pertama diadakan di ibu negara melibatkan perjalanan dari Bangunan Parlimen ke Kementerian  Komunikasi, Putrajaya pada 9 Januari lalu. 

Menurutnya, ujian kelajuan muat turun jalur lebar tanpa wayar juga telah dijalankan sepanjang laluan tersebut dan secara purata mencatatkan lebih 100Mbps bagi kesemua penyedia perkhidmatan. 

Katanya, seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sesi ujian ini adalah tepat pada masanya bagi memastikan aktiviti pelancongan berjalan lancar dengan peningkatan kualiti perkhidmatan selular khususnya di lokasi tarikan pelancong. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya