TEKINI Keputusan ICJ: Israel mesti benarkan bantuan

TERKINI Keputusan ICJ: Israel mesti benarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza

RAKYAT Palestin mencari barangan yang boleh digunakan di tengah-tengah runtuhan bangunan di Rafah di selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE:  Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini memutuskan Israel mesti membenarkan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza.

Presiden ICJ, Joan Donoghue berkata,  Israel mesti mengambil langkah segera dan berkesan untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan asas yang sangat diperlukan dan bantuan kemanusiaan bagi menangani keadaan kehidupan dahsyat yang dihadapi rakyat Palestin.

Malah, Donoghue berkata, Israel mesti menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

Pada 12 Januari lalu, ICJ membuka perbicaraan kes yang dibawa Afrika Selatan iaitu menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

ICJ mendengar hujah Afrika Selatan dan respons Israel terhadap dakwaan itu dilakukan sehari kemudiannya.

Dalam pemfailan mahkamahnya, Afrika Selatan menyebut kegagalan Israel untuk menyediakan makanan, air, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan penting lain kepada kawasan Palestin.

Afrika Selatan dalam permohonan kepada ICJ juga mendakwa Israel melanggar kewajipan di bawah Konvensyen Genosid.

Malah, permohonan kepada ICJ itu turut merujuk dakwaan bahawa Israel terlibat dan berisiko untuk terus melakukan lagi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza. 

Berdasarkan permohonan itu, Afrika Selatan juga mendakwa Israel bertindak dengan `niat khusus’ untuk memusnahkan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada penduduk etnik, kumpulan kaum dan penduduk wilayah berkenaan.

Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa mahkamah untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan.

Afrika Selatan sejak dahulu lagi lantang dalam memperjuangkan isu Palestin, dengan parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC) sering mengaitkannya dengan perjuangan sendiri menentang apartheid.-AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya