Tak perlu kurung burung 24 jam

Tak perlu kurung burung 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“BURUNG-burung bebas terbang dan berjalan dalam rumah. Disebabkan saya bela dari kecil, jadi ia sudah manja dengan kami sekeluarga.”

Ketika orang lain melabelkan hobi membela burung sebagai ‘menyeksa’ dan ‘mendera’, namun, lain buat Elmanda Zuhairy, 35.

Wanita dari Cyberjaya ini tidak pernah mengurung haiwan peliharaannya selama 24 jam.

Sebaliknya, burung kakak tua dari spesis Cockatile dan Alexandra serta burung sama dari spesis Senegal, Conure dan Green Chic dibiarkan bebas pada masa-masa tertentu.

“Kalau balik kerja, sambil-sambil menonton televisyen, memang saya lepaskan burung di dalam rumah, melainkan kalau tiada di rumah, mereka akan diletakkan di dalam sangkar demi keselamatan,” katanya.

Elmanda mengakui jatuh hati pada haiwan berkaki dua itu selepas melihat persembahan burung kakak tua di Zoo Negara.

“Saya dan suami tertarik dengan keletah dan kepetahan burung pada masa itu. Lantas, terdetik untuk memeliharanya, ” katanya kepada Seri.


CARA JAGA
Daripada aspek penjagaan, kata Elmanda, ia tidaklah terlalu sukar, namun memerlukan ilmu serta cara penjagaan yang betul.

“Masa mula-mula bela, memang agak mencabar apatah lagi orang baharu macam saya. Nak jaga seekor burung pun mencabar.

“Anak burung perlu dijaga dengan rapi dan penuh perhatian. Bukan sahaja pemakanan, tetapi suhu dan persekitaran sekeliling juga penting,” katanya.

Berkat kesabaran dan kesungguhan, Elmanda akhirnya menemui formula terbaik dan lama-kelamaan tidak kekok membela spesis burung ini.

Kongsinya, dia banyak merujuk dengan doktor veterinar, media sosial dan aktivis yang membela burung eksotik.

“Kalau burung nampak sakit, cepat-cepat bawa berjumpa veterinar sebab ia sangat sensitif.

“Kita tak boleh bagi ubat atau diagnosis sendiri sewenang-wenangnya. Burung kalau tidak sihat, kita akan nampak peel mereka.

“Selalunya, ia akan duduk atau berdiam diri, tak nak makan atau minum. Melalui warna najis juga kita boleh kesan. Kalau keluar warna putih itu adalah petanda yang tidak baik,” jelasnya.


BURUNG TAK TERKAM
Walaupun membela 24 kucing di rumah, Elmanda memberitahu, tidak pernah si bulus mengambil kesempatan untuk menerkam atau menyerang burung-burung peliharaannya.

Kongsinya, kesemua haiwan sudah dilatih menjadi sebahagian daripada keluarga sendiri.

“Mungkin kucing yang saya bela sudah jinak dan selalu pesan pada mereka: ‘Jangan makan burung ya.’

“Saya pun tidak pernah bawa kucing liar masuk rumah sebab mahu menjaga keselamatan dan kesihatan kucing-kucing lain.

“Kucing liar ini selalunya ada virus dan boleh berjangkit kepada kucing dan burung di dalam rumah,” ujarnya.

Di kala senggang, kedua-dua burung peliharaan akan dibawa bercuti bersama menaiki kereta bagi menghirup udara luar yang lebih segar.

“Pergi ke mana-mana, pasti kami akan bawa burung bercuti sekali, kecuali kalau menaiki kapal terbang. Saya akan tinggalkan di veterinar atau kedai haiwan, sementara kami pergi melancong.

“Makan pun senang, hanya perlukan buah-buahan atau bijirin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya