Sukarelawan doktor mahu polis UK dakwa Israel-Hamas cetus

Sukarelawan doktor mahu polis UK dakwa Israel-Hamas cetus jenayah perang 

GHASSAN ABU SITTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang doktor Britain yang bekerja di hospital Gaza sewaktu konflik Israel-Hamas berharap keterangan yang diberikannya kepada polis United Kingdom (UK) akan membawa kepada pendakwaan untuk jenayah perang.

Ghassan Abu Sitta, seorang pakar bedah plastik yang pakar dalam kecederaan konflik dilaporkan menghabiskan 43 hari menjadi sukarelawan di wilayah Palestin yang terkepung, kebanyakannya di hospital al-Ahli dan Shifa di utara Gaza.

Lelaki berusia 54 tahun itu memberi keterangan kepada Met, pasukan polis terbesar UK mengenai kecederaan yang dilihatnya dan jenis senjata yang digunakan.

Ghassan mahu keterangannya dijadikan sebahagian daripada bukti yang dikumpulkan untuk siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh kedua-duanya (Israel dan Hamas). 

Ghassan dikatakan akan pergi ke The Hague minggu ini untuk bertemu penyiasat ICC.

Dia berkata, intensiti peperangan yang paling dahsyat yang pernah dilaluinya termasuk di Gaza, Iraq, Syria, Yaman dan selatan Lubnan.

“Ia adalah perbezaan antara banjir dan tsunami, skala keseluruhannya berbeza sama sekali,” 

“Hanya bilangan yang tercedera, saiz malapetaka, bilangan kanak-kanak yang terbunuh, keamatan pengeboman, dalam beberapa hari selepas perang bermula, sistem kesihatan di Gaza benar-benar berbeza,” katanya kepada AFP semasa diwawancara di London.

Peperangan di Gaza dicetuskan oleh serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang, kebanyakannya orang awam berdasarkan angka rasmi Israel.

Sebagai tindak balas, Israel sedang melakukan pengeboman tanpa henti dan pencerobohan darat yang membunuh sekurang-kurangnya 22,835 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Ghassan dilahirkan di Kuwait dan menetap di Britain sejak akhir 1980-an, tiba di Gaza dari Mesir pada 9 Oktober lalu sebagai sebahagian daripada pasukan perubatan doktor tanpa sempadan.

“Dari awal lagi, kapasiti tenaga kami kurang daripada jumlah yang cedera yang perlu kami rawat. Semakin hari, kami terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar tentang siapa yang perlu dirawat terlebih dahulu,” katanya.

Ghassan masih mengingati seorang lelaki berusia 40 tahun yang datang ke hospital dengan serpihan di kepalanya. 

Dia memerlukan imbasan CT dan berjumpa pakar bedah saraf, tetapi mereka tidak mempunyai kemudahan itu.

“Kami memberitahu anak-anaknya dan mereka terpaksa tinggal tubuhnya di atas troli pada malam itu sehingga dia meninggal dunia pada waktu pagi,” katanya.

Hospital juga cepat kehabisan ubat anestetik dan analgesik, bermakna pakar bedah terpaksa melakukan prosedur pembersihan luka yang sangat menyakitkan.

“Ia adalah pilihan antara melakukan itu atau melihat mereka mati akibat jangkitan luka dan mati akibat sepsis,” tambahnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya