Serangan Houthi: Aliran trafik melalui Terusan Suez merosot 40

Serangan Houthi: Aliran trafik melalui Terusan Suez merosot 40 peratus 

GAMBAR edaran oleh Perkhidmatan Pengedaran Maklumat Visual Pertahanan AS (DVIDS) menunjukkan kapal pendaratan dok amfibia USS Carter Hall (LSD 50) sedang transit di Terusan Suez.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Jumlah trafik komersial yang melalui Terusan Suez merosot lebih 40 peratus dalam tempoh dua bulan lepas selepas serangan pemberontak Houthi Yemen.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap perdagangan global.

Huothi yang disokong Iran berkata, mereka menyasarkan perkapalan komersial dan ketenteraan yang berkaitan Israel di rantau itu sebagai solidariti rakyat Palestin di Gaza.

Ketua Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Jan Hoffman berkata, hal ini mendorong beberapa pengangkut kargo mengambil laluan yang lebih lama dan lebih mahal untuk mengelakkan serangan.

“Kami amat bimbang bahawa serangan ke atas perkapalan Laut Merah menambah ketegangan kepada perdagangan global, memburukkan lagi gangguan perdagangan akibat geopolitik dan perubahan iklim,” katanya.

Terusan Suez di Mesir menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah.

Menurut Hoffman, kapal yang melencong dari Laut Merah belayar di sekitar Tanjung Harapan Afrika Selatan menyebabkan penurunan transit 42 peratus melalui Terusan Suez dalam dua bulan terakhir.

Tambah Hoffman, lebih 80 peratus daripada jumlah perdagangan barangan antarabangsa dilakukan melalui laut.

“Pengangkutan maritim benar-benar menjadi talian hayat perdagangan global,”

“Memandangkan semua kapal kontena yang lebih besar yang melencong dari Terusan Suez, penurunan dalam kapasiti muatan kontena adalah lebih besar,” katanya.

Bilangan transit kapal kontena mingguan melalui Suez  menyusut sebanyak 67 peratus tahun ke tahun, menurut UNCTAD kerana lebih 20 peratus daripada perdagangan kontena dunia melalui Terusan Suez.

Trafik kapal tangki telah menurun 18 peratus, transit kapal kargo pukal yang membawa bijirin dan arang batu menurun enam peratus dan pengangkutan gas terhenti.

Secara keseluruhan, di antara 12 dan 15 peratus perdagangan dunia,  20,000 kapal setahun melalui Laut Merah menyediakan hubungan antara Eropah dan Asia.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya