Rayuan tambahan kuota haji sudah dikemuka kepada Saudi

Rayuan tambahan kuota haji sudah dikemuka kepada Saudi

MOHD. Na'im Mokhtar menyampaikan sijil kepada peserta pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Jabatan Kehakiman Syariah, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah pun mengemukakan rayuan untuk pertambahan kuota jemaah haji negara ini bagi musim ibadah berkenaan pada pertengahan Jun depan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, beliau sudah pun bertindak membuat rayuan rasmi kepada kerajaan Arab Saudi, namun pertimbangan akhir bergantung kepada kerajaan negara tersebut.

“Saya malah telah menghantar permohonan rayuan tersebut terus kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah sendiri.

“Kita tunggu keputusan baharu tetapi saya akhirnya masih kena menghormati keputusan pihak berkuasa negara berkenaan yang ada hak berbuat demikian,” jelasnya kepada pemberita selepas menyerahkan pentauliahan sijil profesional Sulh-Mediasi anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini.

Pada 8 Januari lepas, beliau ketika sela Persidangan Haji dan Umrah 2024 di Jeddah mengumumkan bahawa kuota rasmi negara ini kekal seperti tahun lalu iaitu 31,600 orang.

Beliau berkata, isu tambahan kuota perlu dihormati kerana pemerintah Arab Saudi ada meminta mana-mana negara yang berjaya agar tidak mendedahkan angka itu.

Musim haji tahun lepas, Malaysia memperoleh sehingga 350 jemaah ekstra dan tahun ini, beliau ada memaklumkan untuk cuba mendapatkan tambahan kepada 31,950 orang lagi selaras dengan nisbah 0.1 peratus ditetapkan daripada keseluruhan penduduk negara ini yang sudah menokok kepada 31,950,000 orang.

Menyentuh isu penyelesaian kes sulh di mahkamah syariah sepanjang tahun lalu, Mohd. Na’im berkata, angkanya melonjak kepada 88.98 peratus daripada 11,921 kes dibawa.

Statistik tersebut jelasnya, menunjukkan ada peningkatan berbanding rekod pada 2023 yang mencatatkan cuma 88 peratus atau 8,513 kes daripada keseluruhannya 9,724 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya