Rakyat dialu-alu beri pandangan Kajian Separuh Penggal

Rakyat dialu-alu beri pandangan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kertas Putih Pertahanan (KPP) merupakan dokumen yang menetapkan hala tuju Kerajaan dalam melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah.

Komitmen dan keutamaan Kerajaan digariskan bagi tempoh 10 tahun iaitu dari 2021 sehingga 2030 yang merangkumi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Dokumen ini telah menetapkan bahawa satu kajian separuh penggal perlu dilaksanakan menjelang tahun 2025 untuk menilai pencapaian pelaksanaan KPP serta membuat penambahbaikan bagi meneruskan pelaksanaan di bawah RMKe-13.

Kajian separuh penggal ini perlu dilaksanakan mengambil kira perkembangan geopolitik yang banyak berubah sejak KPP diluluskan pada tahun 2019 yang memberi kesan kepada Malaysia khususnya dan dunia amnya seperti pandemik COVID-19, perubahan iklim, peperangan Ukraine-Rusia, ketegangan di Selat Taiwan dan perjanjian antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Perkembangan isu dan cabaran keselamatan ini memerlukan satu pendekatan yang ditambah baik dalam memastikan Malaysia kekal selamat, berdaulat dan makmur.

Kajian Separuh Penggal KPP ini akan menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat bagi memastikan pandangan dan maklum balas kesemua pihak-pihak berkepentingan di ambil kira dalam merangka hala tuju pertahanan negara bagi tempoh separuh penggal berikutnya dari tahun 2026 hingga 2030 selari dengan RMKe-13.

Satu portal telah dibangunkan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dengan memberikan pandangan dan cadangan mengenai pertahanan negara melalui portal Kajian Separuh Penggal KPP di alamat kspkpp.mod.gov.my atau seperti di QR kod yang tertera. Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN