LONDON: Ketua negara Britain, Raja Charles III akan hadir ke hospital minggu depan bagi menjalani prosedur rawatan pembetulan pembesaran prostat.
Menurut Istana Buckingham, baginda kini berada dalam keadaan tidak sihat.
“Sama seperti beribu-ribu lelaki setiap tahun, Raja Charles III akan mendapatkan rawatan untuk prostat yang membesar.
“Keadaan baginda tidak sihat dan baginda akan ke hospital minggu depan untuk prosedur pembetulan,” kata kenyataan istana.
Menurut istana lagi, penglibatan umum raja berusia 75 tahun itu akan ditangguhkan bagi menjalani tempoh pemulihan yang singkat.
Charles menjadi raja selepas ibunya, Ratu Elizabeth II, mangkat pada 8 September 2022.
Kenyataan istana itu dikeluarkan kira-kira sejam selepas menantunya, Puteri Wales, Kate Middleton menjalani pembedahan perut dan berada di hospital selama dua minggu.
Kate dimasukkan ke sebuah klinik swasta di tengah London kelmarin, kata Istana Kensington.-AFP