PARIS: Qatar dan Perancis membuat perjanjian dengan Israel dan pejuang Hamas untuk menghantar segera ubat-ubatan kepada kira-kira 45 tebusan Israel di Gaza.
Tindakan itu dibuat sebagai bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk orang awam.
Kedua-dua negara itu berkata, bantuan itu akan meninggalkan Qatar ke Mesir semalam sebelum dibawa merentasi sempadan Rafah.
Jurucakap kementerian luar Qatar, Majed al-Ansari berkata dalam satu kenyataan, perjanjian itu bermakna ubat bersama dengan bantuan kemanusiaan lain akan dihantar kepada orang awam di Gaza, di kawasan yang paling terjejas dan terdedah.
Beliau tidak memberikan butiran tentang berapa banyak bantuan atau apa bantuan yang akan disampaikan kepada orang awam di sana.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dua pesawat Tentera Udara Qatar mendarat semalam di Mesir dengan ubat-ubatan yang dibeli di Perancis berdasarkan senarai yang diberikan Israel.
Terdahulu, Ketua Pusat Krisis Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot yang menganjurkan usaha bantuan itu berkata, rundingan berlangsung selama berminggu-minggu dan idea awal datang daripada keluarga beberapa tebusan Israel.
Pakej perubatan khusus untuk beberapa bulan, yang disusun di Perancis, akan dihantar kepada setiap 45 tebusan.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah akan menyelaras di lapangan.
Perancis masih mempunyai tiga warganegara yang ditahan di Gaza, tetapi tiada seorang pun daripada mereka memerlukan ubat yang mendesak, kata Lalliot.-REUTERS