Piala Asia: Jordan hampir kejutkan Korea Selatan

Piala Asia: Jordan hampir kejutkan Korea Selatan

KOREA Selatan hampir dikejutkan Jordan pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.-IHSAN FB AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jordan hampir mengejutkan Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Bagaimanapun, gol sendiri pemain Jordan pada minit terakhir perlawanan menyelamatkan maruah Korea Selatan untuk mengakhiri aksi penuh dramatik itu dengan keputusan 2-2.

Korea Selatan yang berada dikedudukan ke-23 dunia turun sebagai pasukan pilihan menentang Jordan di tangga ke-87.

Status itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klinsmann bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyudah penalti disempurnakan Son Heung-min.

Namun, Jordan bangkit dengan meledak dua gol iaitu pada minit ke-37 hasil gol sendiri Park Yong-woo dan jaringan Yazan Al-Naimat pada akhir babak pertama.

Ketika skuad bimbingan Hussein Ammouta diambang kemenangan, serangan bertali arus Korea Selatan akhirnya membuahkan hasil pada masa tambahan babak kedua menerusi gol sendiri pertahanan Jordan, Yazan Al Arab.

Keputusan itu meletakkan Jordan dan Korea Selatan berkongsi empat mata dalam Kumpulan E.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya