Piala Asia: Jepun tundukkan Vietnam

Piala Asia: Jepun tundukkan Vietnam

JEPUN memulakan kempen Piala Asia dengan langkah kanan selepas menundukkan Vietnam dalam aksi Kumpulan D di Stadium Al-Thumama.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jepun membuktikan status sebagai gergasi Asia apabila membenam Vietnam 4-2 pada aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Turun dengan misi memburu Piala Asia kelima, Takumi Minamino membuka tirai jaringan buat Jepun seawal minit ke-11 namun gol itu dipadam oleh Nguyen Dinh Bac empat minit kemudian.

Pada minit ke-33 tiba giliran Vietnam didepan hasil jaringan Pham Tuan Hai yang mudah menyempurnakan bola muntah selepas tandukan Bui Hoang Viet Anh gagal ditepis dengan kemas oleh penjaga gol Jepun, Zion Suzuki.

Takumi Minamino melakukan rembatan untuk gol kedua peribadinya ketika menentang Vietnam pada aksi Kumpulan D Piala Asia 2023.-AFP

Tersentak dengan gol itu, Jepun kembali mengatur serangan dan hasilnya Minamino sekali lagi menemui sentuhan gol pada minit ke-45 apabila rembatan leret dalam kotak penalti menembusi gawang Vietnam.

Jepun terus menekan benteng Vietnam ketika tambahan masa selama enam minit diberikan pengadil perlawanan pada babak pertama dan menerusi satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dilakukan Keito Nakamura memastikan skuad Samurai Biru dihadapan dengan kedudukan 3-2 sebelum masuk ke bilik persalinan.

Bersambung babak kedua Jepun terus mengatur gerakan untuk menambah jaringan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-85 untuk menggandakan jaringan.

Gerakan menarik menerusi hantaran satu dua pemain Jepun sebelum disudahkan dengan rembatan Ayase Ueda memastikan skuad kendalian Hajime Moriyasu mengutip tiga mata berharga.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan B menyaksikan Syria berkongsi mata dengan Uzbekistan selepas terikat 0-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya