DOHA: Hasrat Indonesia melakukan kejutan ke atas Iraq tidak kesampaian apabila tewas 1-3 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Ahmed Ali, malam tadi.
Menurunkan barisan terkuat, pasukan bimbingan Shin Tae-yong terlebih dahulu dikejutkan dengan gol jaringan Mohanad Ali pada minit ke-17.
Begitupun, Sang Garuda bangkit menyamakan kedudukan hasil ledakan penyerang muda, Marselino Ferdinan pada minit ke-37 namun Iraq berjaya menutup babak pertama dengan mendahului 2-1 hasil jaringan Osama Rashid.
Sebaik sahaja bermula babak kedua, Iraq hampir menggandakan jaringan menerusi Amir Ammari namun gol itu dibatalkan susulan Mohanad Ali yang berada dikedudukan ofside.
Usaha berterusan skuad kendalian Jesus Casas yang terus mengasak pintu gol Indonesia akhir berhasil pada minit ke-75 menerusi pemain gantian Aymen Hussein.
Kemenangan itu membolehkan juara Piala Asia 2007 itu berada ditangga kedua kumpulan dibelakang Jepun yang memiliki kelebihan gol.
Indonesia selepas ini bakal berdepan Vietnam pada Jumaat ini seterusnya menutup saingan peringkat Kumpulan D menentang Jepun pada 24 Januari.