Perjanjian baharu hantar ubat untuk tebusan Israel

Perjanjian baharu hantar ubat untuk tebusan Israel

KELUARGA tebusan berkata sebahagian daripada mereka yang ditahan berada dalam bahaya tanpa rawatan perubatan segera.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perjanjian baharu akan dimeterai di antara Israel dan Hamas bagi membolehkan ubat-ubatan dihantar kepada tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas di Gaza, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Lapor CBS News, hal ini berikutan beberapa keluarga tebusan melawat Qatar dan memberitahu kepada pihak pengantara bahawa orang tersayang mereka memerlukan ubat preskripsi penting.

Bagaimanapun penghantaran ubat-ubatan itu belum bermula, dan tidak jelas bagaimana ia akan diangkut.

Israel percaya terdapat kira-kira 105 tebusan yang masih hidup di Gaza.

Dianggarkan 240 orang ditawan dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, tetapi 105 kemudiannya dibebaskan oleh Hamas semasa gencatan senjata selama enam hari pada akhir November lalu dan sekurang-kurangnya 25 orang dipercayai mati.

Memetik sumber diplomatik, kedua-dua Hamas dan Israel menunjukkan kesediaan untuk membenarkan ubat-ubatan itu sampai kepada tebusan, lapor rakan kongsi antarabangsa BBC, CBS News.

Tambah sumber itu, pihak pengantara sedang bekerjasama dengan kedua-dua pihak dan dengan pihak bukan badan kerajaan (NGO) antarabangsa bagi memahami ubat-ubatan yang diperlukan, berapa banyak, dan bagaimana ia boleh dihantar,.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel pada Jumaat lalu, ubat itu akan dihantar dalam beberapa hari akan datang.

Kenyataan itu juga berkata, perjanjian itu diuruskan selepas David Barnea, pengarah agensi perisikan nasional Israel Mossad, mendekati Qatar.

Seorang pegawai Palestin memberitahu BBC terdapat perbincangan mengenai membawa bantuan perubatan ke Gaza, sebahagian daripadanya meliputi keperluan tebusan Israel di Gaza”.

Dalam surat yang dihantar kepada Kabinet perang Israel selepas gencatan senjata berakhir tahun lalu, kumpulan Ibu Pejabat Keluarga Tebusan berkata, mereka mempunyai perisikan kukuh bahawa terdapat orang yang diculik yang keadaan kesihatannya merosot dan kini berada dalam bahaya.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya