Penduduk Palestin kebumi semula mayat

Penduduk Palestin kebumi semula mayat

PENDUDUK Palestin mengebumikan semula mayat-mayat yang digali tentera Israel ke dalam kubur besar di tanah perkuburan Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Penduduk Palestin mengebumikan semula mayat yang digali dari 1,001 kubur oleh tentera Israel dii tanah perkuburan di Bandar Gaza.

Rakaman video dari tanah perkuburan di kejiranan Al-Tuffah menunjukkan mayat dibungkus dalam beg dan diletakkan di atas timbunan tanah.

Video itu juga menunjukkan mayat-mayat berselerak di sekeliling kubur, ketika puluhan lelaki berpakaian topeng menggunakan penyodok untuk menanam semula mayat-mayat berkenaan.

Pejuang Hamas pada Sabtu lalu menuduh tentera Israel memusnahkan 1,100 kubur di tanah perkuburan dan mencuri 150 mayat syahid yang baru dikebumikan.

Ketika dihubungi AFP untuk mendapatkan komen, tentera Israel berkata, mereka sedang menyemak dakwaan itu tanpa mengulas lanjut.

“Kami terkejut melihat mayat digali semula pada pagi Sabtu, kata seorang lelaki tempatan bernama Aliwa yang merupakan antara orang yang menanam semula mayat itu. Bagaimanapun, dia enggan memberikan nama pertamanya.

Tanpa memberi bukti, dia turut menuduh tentera Israel menggilis mayat dengan jentolak.

“Kami kini sedang mendapatkan mayat yang terdapat di tanah perkuburan itu,” katanya sambil menambah hanya sebilangan kecil mayat dapat dikenal pasti.

Peperangan Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober lalu dengan serangan pejuang Hamas ke atas Israel selatan yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang di pihak Israel, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi.

Pejuang itu turut mengambil kira-kira 250 tebusan, 132 daripadanya masih dalam tawanan, menurut Israel.

Israel bertindak balas dengan mengebom wilayah itu dan menghantar tentera darat, membunuh sekurang-kurangnya 22,722 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya