Pakistan rampas ramuan pelarut beracun dalam sirap ubat batuk

Pakistan rampas ramuan pelarut beracun dalam sirap ubat batuk

PIHAK berkuasa mengenal pasti penggunaan propilena glikol bertoksik dalam sirap ubat batuk sebagai punca yang berkemungkinan menyebabkan kematian lebih 300 kanak-kanak di Indonesia, Gambia dan Uzbekistan sejak 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan merampas satu kelompok pelarut propilena glikol tercemar yang dikeluarkan oleh Dow Chemical, Thailand, lapor pihak berkuasa kawal selia dadah semalam.

Langkah itu dibuat ketika pihak berkuasa mengenal pasti penggunaan propilena glikol bertoksik dalam sirap ubat batuk sebagai punca yang berkemungkinan menyebabkan kematian lebih 300 kanak-kanak di Indonesia, Gambia dan Uzbekistan sejak 2022.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengaitkan kematian di luar Indonesia dengan sirap ubat batuk yang dikeluarkan di India.

“Pasukan kawal selia mengambil kumpulan propilen glikol yang tercemar dan sedang menyiasat keseluruhan rantaian bekalan kumpulan ini,” kata pihak berkuasa ubat-ubatan Pakistan.

Pihak berkuasa turut mengarahkan penarikan balik produk dari pasaran tempatan dan eksport yang dikeluarkan daripada kelompok yang sama.

“Berdasarkan pada paparan label kelompok produk itu, ia dikeluarkan oleh Dow Chemical, Thailand.

“Mengenai analisis sampel oleh Makmal Dadah Pusat di Karachi, paras etilena elikol yang tidak boleh diterima ditemui, yang boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius,” katanya.

Penggunaan bahan tersebut boleh menjejaskan sistem saraf dan jantung selain menyebabkan kerosakan buah pinggang hingga membawa maut.

Tidak dapat dipastikan sama ada jumlah bahan kimia yang diimport itu digunakan dalam sirap batuk tempatan.

Pihak berkuasa ubat-ubatan di negara itu turut mengarahkan penggantungan produk menggunakan propilena glikol membabitkan kelompok lain yang dihasilkan oleh Dow Chemical, Thailand.

Sehingga kini Dow Chemical, Thailand masih belum memberi maklum balas berhubung perkara itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya