Nenek 69 tahun sertai Miss Universe Filipina

Nenek 69 tahun sertai Miss Universe Filipina

JOCELYN Cubales berazam mahu mengalahkan wanita muda yang lain menerusi pertandingan Miss Universe.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Jocelyn Cubales mengukir sejarah tersendiri sebagai perempuan berusia 69 tahun pertama yang bersaing di Miss Universe Filipina mewakili negeri Quezon City. 

Penyertaannya dalam pertandingan itu amat mengejutkan industri pertandingan ratu cantik di Filipina dan dunia.

Hal ini berikutan bermula tahun lalu, Miss Universe Organization menghapuskan had umur penyertaan untuk para finalisnya. 

Mulai tahun ini, mereka yang berusia lebih dari 28 tahun dibenarkan mendaftar sebagai calon ratu cantik.

Cubales pun memecahkan rekod sebagai peserta Miss Universe Filipina tertua.

Pertandingan saringan di peringkat Quezon City akan diadakan pada 1 Februari ini di Pusat Aktiviti Trinoma dan peringkat akhir akan diadakan pada 5 Februari di Seda Hotel Vertis North, Manila.

“Saya lebih berpengalaman daripada generasi muda dan itu fakta. Dengan pengalaman yang saya ada ini, kita kena kongsikan kepada dunia,” kata Cubales dalam satu temu bual yang dikendalikan ABS-CBN News baru-baru ini.

Tiada butiran terperinci mengenai status perkahwinan Cubales dan kemunculannya tular dalam media sosial.

Wanita yang juga dikenal sebagai Joyce Peñas Pilarsky adalah merupakan seorang pereka fesyen dan tidak menjadikan angka umur sebagai penghalang untuk dirinya menyerlahkan bakatnya.

Malah, dikatakan dia tidak gentar untuk bersaing dengan wanita-wanita muda.

Filipina dilaporkan pernah memenangi sebanyak lima kali pertandingan Miss Universe.

Bermula dengan Gloria Diaz pada 1969, Margie Moran (1973), Pia Wurtzbach (2015) dan Catriona Gray pada 2018.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya