Nafi guna duit orang lain sebagai modal berniaga, Ali Puteh ajak penyebar fitnah bersemuka - Utusan Malaysia

Nafi guna duit orang lain sebagai modal berniaga, Ali Puteh ajak penyebar fitnah bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Ali Puteh menafikan tuduhan menggunakan wang milik individu lain sebagai modal untuk berniaga produk makanan baharunya yang tular baru-baru ini.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata, dia menuntut individu yang menyebarkan dakwaan tersebut untuk tampil bersemuka dan menjelaskan tuduhan yang dilemparkan.

Tambah adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini juga, dia akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut enggan bersemuka dengannya.

“Kakak cepatlah balas pesanan”(DM) di media sosial sebelum saya sendiri ke balai polis untuk laporkan fitnah terhadap saya.

Saya tunggu sampai esok kakak DM saya dan jumpa jelaskan penyebaran fitnah ini. Jika tidak, saya buat laporan polis.

“Saya nak jumpa kakak sebab fitnah yang dibuat itu zalim dengan mendakwa saya menggunakan duit orang untuk berniaga,” ujarnya satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam perkongsian sama, pelawak itu turut memuat naik tangkap layar komen ditinggalkan oleh individu tersebut di ruangan komen dengan mendakwa pelawak itu menjalankan perniagaan menggunakan wang orang lain.

Berang dengan pelbagai kecaman dan penyebaran fitnah, Ali turut meluahkan rasa kesal kerana masih ada segelintir pihak yang memandang serong dan bercakap buruk tentangnya sehingga sanggup melemparkan tohmahan.

“Sudah 2024, tak sangka masih ada lagi manusia begini, masuk semata nak komen. Mudah, tak payah komen apa-apa.

“Siapa boleh dapat nombor telefon atau alamat perempuan ini beritahu saya. Nak jumpa senang borak. Nak tengok depan-depan macam mana,” katanya yang turut mendedahkan foto dan akaun wanita berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya