MKM patuh piawaian pengurusan haji sedia terima 1,000 jemaah - Utusan Malaysia

MKM patuh piawaian pengurusan haji sedia terima 1,000 jemaah

MKM haji
AHMAD SAFUAN NIZAM MOHD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penguatkuasaan dan pematuhan peraturan yang ketat membolehkan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd (MKM) membina keyakinan kepada umat Islam sebagai salah sebuah syarikat pengurusan jemaah haji swasta di negara ini.

Syarikat tersebut dilaporkan sekali lagi menerima lesen daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membawa dan mengurus jemaah haji tahun ini dan bersedia menerima sehingga 1,000 orang untuk mengerjakan ibadah tersebut pada Jun nanti.

Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd. berkata, beliau menyedari kewujudan sindiket dan syarikat yang didakwa sebagai scammer dengan mengambil langkah berwaspada termasuk memastikan pematuhan terpada syarat lesen dan pemantauan ejen.

“Kami mempunyai ejen dan kami tidak membenarkan ejen mengutip bayaran. Bayaran dibuat terus kepada syarikat melalui pakej yang dipilih selepas bakal jemaah berkenaan disahkan gilirannya oleh TH.

“Demikian antara cara kita memastikan pematuhan supaya bakal jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan yakin, tenang, selamat dan selesa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata,  Malaysia kekal memperoleh kuota jemaah haji Malaysia daripada Kerajaan Arab Saudi sebanyak 31,600 bagi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci pada tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan MKM bersedia menerima peningkatan bakal jemaah pada tahun ini dengan menyediakan lebih 40 buah bas khusus untuk pelanggan mereka yang ke Tanah Suci melalui pakej-pakejnya.

“MKM menawarkan 13 pakej pengurusan haji yang boleh dipilih bakal jemaah pada harga bermula RM49,800 hingga RM270,000. Perbezaan pakej adalah bergantung kepada jarak dan jenis hotel yang ingin diduduki.

“Walaupun berbeza pakej, namun semua jemaah di bawah MKM menerima kualiti perkhidmatan sama yang akan dibantu lebih 80 mutawif dan petugas belakang tabir sepanjang berada di Tanah Suci,” jelasnya.

Selain itu, Ahmad Safuan memaklumkan, MKM turut menyediakan kursus ibadah haji kepada bakal jemaah yang akan diadakan di negara ini dan juga ketika mereka dibawa melawat ke lokasi rukun dan wajib haji.

“Petugas kita mempunyai lebih 20 tahun pengalaman pengurusan haji yang bersedia membantu dan membimbing jemaah sepanjang berada di sana. Jadi, bagi jemaah lebih memahami tertib ibadah haji, kita juga adakan tour di Mekah untuk mereka lebih memahami perjalanannya.

“Justeru, kita cadangkan bakal jemaah menunaikan ibadah haji melalui pakej MKM, boleh membuat pendaftaran awal bagi mendapatkan diskaun dan baucer khas RM5,000. Istimewanya, jemaah akan dibawa menunaikan haji seperti mana sejarah Rasulullah SAW,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya