AGAM: Gunung berapi Marapi di Indonesia sekali lagi meletus dengan abu meningkat 1,300 meter dari puncak, menurut agensi geologi negara itu.
Gunung berapi di wilayah Sumatera Barat itu meletus sekurang-kurangnya dua kali pada kira-kira pukul 3.37 petang hari ini, kata agensi berkenaan.
Agensi geologi turut menggesa pemindahan orang ramai dalam lingkungan 4.5 kilometer (km) dari pusat letusan, dengan kemungkinan aliran lava di sungai dan lembah.
“Sekiranya terdapat hujan abu, kami menggesa penduduk untuk menggunakan topeng untuk mengelakkan penyakit pernafasan,” kata agensi itu.
Pada Disember lalu, lebih 20 orang terbunuh selepas Marapi, salah satu gunung berapi paling aktif di Sumatera, meletus dan memuntahkan awan kelabu abu setinggi tiga kilometer.
Indonesia berada dalam Lingkaran Api Pasifik, kawasan dengan aktiviti seismik tinggi di atas beberapa plat tektonik.
Abu gunung berapi daripada letusan terdahulu menutupi rumah berdekatan, kenderaan dan khemah pemindahan yang didirikan oleh agensi bencana tempatan.-Reuters