Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Mateen dan Anisha

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Mateen dan Anisha Rosnah meriah

PASANGAN pengantin diraja bertolak dari balai istiadat diraja menuju ke bilik sementara menunggu istiadat perarakan dijalankan sekitar ibu negara.-borneobulletin.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja bagi pasangan pengantin, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam dijalankan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang di Istana Nurul Iman di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh pemimpin besar kerajaan dan keluarga diraja dari Asia serta Asia Barat.

Abdul Mateen, 32, memakai seragam istiadat manakala pengantin perempuannya yang berusia 29 tahun memakai gaun putih labuh dan permata berkilauan untuk majlis berkenaan.

Mereka membuat penampilan umum pertama sebagai pasangan suami isteri dalam perarakan melalui ibu kota Bandar Seri Begawan di hadapan ribuan penonton.

Suasana meriah dirasai seluruh bandar ini dengan orang ramai mengambil tempat di sepanjang laluan perbarisan beberapa jam sebelum ia bermula.

Pesara jurubank, Suhaimin Abas, 66, adalah antara warga elit Brunei yang menerima jemputan ke majlis perkahwinan itu.

“Ini adalah perayaan yang sangat besar,” katanya kepada AFP sambil bersarapan sebelum pergi ke istana.

Kerabat diraja dari Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Bhutan disenaraikan antara 5,000 tetamu yang bakal hadir.

Malah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Filipina Ferdinand Marcos adalah antara pemimpin kerajaan yang hadir.

Perayaan hari ini adalah acara kemuncak 10 hari kemegahan dan kemeriahan di negara kecil itu.

Upacara itu penuh dengan tradisi dari sejarah berabad-abad Brunei sebagai sebuah negara beraja Islam.

Pasangan itu berdiri di belakang kereta Rolls-Royce yang terbuka sambil melambai-lambai kepada penonton ketika mereka menelusuri ibu kota.

 Aminah Abd. Morsidee, 91, yang menyaksikan lima perkahwinan diraja sepanjang hayatnya berkata, dia gembira melihat Putera Mateen mengahwini Anisha yang cantik.

Guru sekolah, Norliha Mohamad Din, 37, berkata, ia adalah saat sekali dalam seumur hidup.

“Saya melihat Putera Mateen sejak dia kecil. Saya sangat gembira untuknya. Ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kepada keluarga diraja,” ujarnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya