Maersk ubah laluan perjalanan kapal, elak guna Laut Merah

Maersk ubah laluan perjalanan kapal, elak guna Laut Merah

MAERSK menukar laluan perjalanan semua kapalnya bagi mengelak kejadian tidak diingini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Syarikat perkapalan kontena, Maersk mengumumkan akan menukar laluan perjalanan semua kapalnya ke sekitar Afrika, berbanding menggunakan Laut Merah dan Terusan Suez bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Lapor Al Jazeera, menurut Maersk, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira `situasi tidak menentu’ berlaku di Laut Merah ketika kumpulan Houthi Yaman terus menyerang kapal-kapal yang melalui laluan air paling sibuk itu.  

“Syarikat memutuskan semua kapal Maersk yang dijangka transit di Laut Merah atau Teluk Aden akan dilencongkan ke selatan sekitar Cape of Good Hope bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” jelas syarikat perkapalan Denmark itu menerusi kenyataan.

Dilaporkan, perjalanan mengelilingi Afrika akan menambah kira-kira 10 hari lagi masa perjalanan, selain memerlukan lebih banyak bahan api serta meningkatkan kos penghantaran.

“Situasi di sana sentiasa berubah dan sangat tidak menentu, malah semua risikan mengesahkan risiko keselamatan terus berada pada tahap  tinggi,” jelas Maersk.

Sebelum ini, kumpulan Houthi disokong Iran menyerang kapal mempunyai kaitan dengan Israel di lorong perkapalan Laut Merah sebagai tindak balas terhadap perang di Gaza.

Selasa lalu, Maersk memaklumkan menghentikan sementara semua kapal yang akan menyeberangi melalui Laut Merah berikutan serangan Houthi ke atas Maersk Hangzhou yang mengibarkan bendera Singapura dan sejak itu menukar laluan perjalanan kapal. 

Syarikat itu juga menukar laluan empat daripada lima kapal kontena arah selatan yang sudahpun melalui Terusan Suez kembali ke utara untuk perjalanan jauh mengelilingi Afrika.

“Kami terus mengharapkan penyelesaian yang mampan dalam masa terdekat dan melakukan sedaya upaya menyumbang ke arah itu.

“Kami juga menggalakkan pelanggan bersiap sedia menghadapi komplikasi berterusan di kawasan itu dan sekiranya terdapat gangguan ketara pada rangkaian global,” jelas Maersk.

Sejak November tahun lalu, sekurang-kurangnya 25 kapal komersial yang beroperasi di selatan Laut Merah dan Teluk Aden diserang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya