Lombong emas haram runtuh di Tanzania: 22 pelombong terbunuh

Lombong emas haram runtuh di Tanzania: 22 pelombong terbunuh

SEBLANGAN pelombong emas haram yang terselamat dalam runtuhan di wilayah Simiyu, Tanzania, hari ini.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM: Lombong emas haram runtuh berskala kecil membunuh sekurang-kurangnya 22 orang di utara Tanzania berikutan hujan lebat, kata seorang pegawai kanan kerajaan Tanzania.

Pesuruhjaya Daerah Bariadi, Simon Simalenga berkata, kemalangan itu berlaku semalam di wilayah Simiyu selepas sekumpulan orang berusia antara 24 dan 38 tahun mula melombong di kawasan di mana aktiviti dihadkan akibat hujan lebat yang berterusan.

“Pada mulanya kami diberitahu terdapat 19 hingga 20 orang yang terperangkap dalam lombong tetapi malangnya kami akhirnya berjaya menemukan 22 mayat,” katanya.

Simalenga menambah, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan walaupun hampir semua mangsa tertimbus dikeluarkan.

Simalenga berkata lagi, kumpulan itu menemukan kawasan yang kaya dengan mineral sekitar dua hingga tiga minggu lalu dan bergerak untuk memulakan perlombongan sebelum kerajaan meluluskan keselamatan serta prosedur fizikal dan alam sekitar.

“Pegawai perlombongan wilayah ada melawat mereka dan cuba menghentikan mereka daripada melombong kerana mahu menjalankan prosedur yang diperlukan,” katanya.

Kumpulan pelombong itu bagaimanapun mula melombong pada Jumaat sebelum sebahagian kawasan itu runtuh dan menimbus mereka.

Kerajaan melaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan keselamatan bagi pelombong skala kecil, tetapi perlombongan haram yang tidak selamat dan tidak terkawal masih berlaku di Tanzania.

Tanzania merupakan pengeluar emas keempat terbesar di Afrika selepas Afrika Selatan, Ghana dan Mali.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya