PESHAWAR: Pasukan polis yang mengawal pasukan perlindungan polio di barat laut Pakistan dibom dan sekurang-kurangnya lima pegawai polis terkorban.
Serangan tersebut berlaku di Mamund di daerah Bajaur, sempadan dengan Afghanistan, kawasan di mana gerakan militan meningkat sejak Taliban menguasai Kabul pada 2021.
Pegawai kanan polis di daerah itu, Kashif Zulfiqar mengesahkan jumlah kematian itu.
Seorang pegawai kanan kerajaan di daerah Bajaur, Anwar ul Haq pula berkata, bom itu ditujukan ke kawasan anggota polis yang bertugas.
Anwar berkata, 20 anggota polis yang yang lain cedera.
“Sebuah trak polis yang mengangkut sekitar 25 anggota polis untuk menjalankan tugas dalam kempen anti-polio disasarkan oleh IED (alat letupan improvisasi),” katanya kepada AFP.
Tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan itu tetapi pihak militan termasuk Taliban Pakistan membunuh ramai pekerja vaksin polio dan pengiring keselamatan mereka pada masa lalu.-AFP