Liga Super : Selamat tinggal Kelantan FC

Liga Super : Selamat tinggal Kelantan FC

KELANTAN FC tidak akan beraksi di Liga Super musim 2024-2025.-IHSAN TRW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC tidak akan beraksi di saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata keputusan dibuat selepas kelab itu melengkapkan dua dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen kebangsaan.

“Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang diadakan secara dalam talian pada 31 Disember 2023 selepas jam 6:00 petang telah membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi Lesen Kebangsaan sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

“Keputusan ini dibuat kerana Kelantan FC telah gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023,” katanya FIB dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, difahamkan sehingga kini pemain-pemain Kelantan FC masih berdepan tunggakan gaji meskipun saingan Liga Malaysia musim 2023 telah berakhir.

Bagaimanapun Kelantan FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari 2024 sebelum jam 5:00 petang terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya