Lantaklah apa orang nak cakap - Sean Lee tidak hirau kecaman - Utusan Malaysia

Lantaklah apa orang nak cakap – Sean Lee tidak hirau kecaman

SEAN Lee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Sean Lee tidak mahu terlelu membebankan mentalnya dengan membaca kecaman dan kritikan peminat terhadap percubaan pertamya bergelar penyanyi.

Menerima kecaman bertubi-tubi lantaran sebuah video tarian berlatar belakangkan lagu baharunya tular, Sean bagaimana pun melihat ‘serangan’ itu dari sudut positif dan tidak kisah jika dikritik.

“Sejujurnya saya tak tahu pun video itu tular. Saya tak buka telefon ketika bekerja, tak nak ada perkara negatif seperti kecaman semua itu memberi kesan kepada kesihatan mental.

“Tetapi saya okay sahaja jika orang kecam, komen negatif. Itu lebih baik daripada tiada komen langsungkan. Dalam pada masa sama,, sama boleh perbaiki diri. Baguslah kan.

“Rasanya saya lebih tahu apa yang berlaku di belakang tabir, jadi lantaklah orang nak cakap apa p. Saya tahu apa saya buat,” katanya.

Pelakon itu ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 baru-baru ini.

Sementara itu, jelas Sean, dia sebenarnya sudah lama menunggu ruang untuk menceburi bidang nyanyian namun dia tidak pernah meletakkan sasaran tinggi atau bersaing dengan penyanyi sedia ada.

“Saya bukan nak lawan penyanyi seperti Aina Abdul dan masuk Anugerah Juara Lagu. Tetapi kalau ada rezeki bolos pentas AJL kenapa tidak kan? Bonus.

“Menyanyi adalah cara saya meluahkan perasaan. Sama macam berlakon,” ujarnya yang melancarkan lagu Tak Sanggup Terima baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya