Kerajaan Papua New Guinea isytihar darurat selepas 16 maut

Kerajaan Papua New Guinea isytihar darurat selepas 16 maut dalam rusuhan

PEMANDANGAN udara menunjukkan asap berkepul-kepul dari bangunan yang terbakar, di tengah-tengah rompakan dan pembakaran semasa protes atas pemotongan gaji polis yang dipersalahkan atas masalah pentadbiran, di Port Moresby, Papua New Guinea.-Reuters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Papua New Guinea mengisytiharkan darurat di negara itu selepas 16 orang terbunuh dalam rusuhan di negara kepulauan Pasifik itu.

Lapor penyiar negara Australia, ABC, rakaman televisyen turut menunjukkan beribu-ribu orang protes di jalan raya di ibu kota Port Moresby.

Kebanyakan mereka dilihat membawa barangan yang kelihatan seperti dirompak.

Sembilan orang terbunuh dalam rusuhan di Port Moresby dan tujuh terbunuh di Lae, di utara negara perlombongan emas dan tembaga itu.

Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape memberitahu, beliau menggantung tugas Ketua Polis Papua New Guinea dan birokrat tertinggi dalam jabatan kewangan serta perbendaharaan sementara kerajaan menjalankan kajian semula punca rusuhan.

“Terdapat bukti rusuhan terancang yang berlaku,” katanya kepada pemberita.

Marape menambah bahawa semakan semula itu akan memastikan pihaknya menjamin amalan demokrasi.

“Kami menjamin kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 anggota tentera bersiap sedia untuk mengelak kekacauan yang lebih teruk.

Keganasan di ibu negara reda hari ini dengan kerajaan mendapatkan polis tambahan untuk menjaga ketenteraman.

Bantahan polis dan sektor awam pada Rabu lalu adalah berhubung pemotongan gaji atas kesalahan pentadbiran yang mengakibatkan pelanggaran undang-undang.-Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya