Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya  ditinggalkan tanpa

Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya  ditinggalkan tanpa perlindungan

PELARIAN Rohingya melihat serpihan rumah mereka yang hangus terbakar di kem Ukhia, Cox’s Bazaar pada awal pagi hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Kira-kira 4,000 pelarian Rohingya di Bangladesh ditinggalkan tanpa perlindungan selepas berlaku serangan yang turut membakar hampir 800 rumah di kem mereka.

Bangladesh adalah rumah kepada kira-kira sejuta Rohingya, kebanyakan mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada 2017 terhadap minoriti Islam.

Pesuruhjaya pelarian, Mizanur Rahman berkata, kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan buluh yang padat pada awal pagi hari ini berlaku di sebuah kem di tenggara negara itu.

“Sekurang-kurangnya 711 pusat perlindungan terbakar sepenuhnya dan 63 lagi, sebahagiannya rosak,” kata Rahman sambil menambah lima pusat pendidikan dan dua masjid turut musnah.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan 4,000 orang kehilangan tempat tinggal.

“Tiada kemalangan jiwa dan kebakaran berjaya dikawal.

“Kami mengarahkan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran itu. Kami mengesyaki ia adalah satu perbuatan khianat,” katanya.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kebakaran besar merosakkan banyak tempat perlindungan pelarian.

Jelas agensi itu lagi, kebakaran berpuluh-puluh kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah perkara biasa, terutama pada musim kemarau dari November hingga April.

Tetapi kebanyakan kem itu juga dirosakkan oleh kumpulan Rohingya yang bermusuhan satu sama lain.

Polis berkata, keselamatan di kem semakin teruk dengan lebih 60 pelarian terbunuh dalam peperangan dan pertempuran berkaitan dadah tahun lepas, jumlah tertinggi dalam rekod.

Pada Mac tahun lalu pula, kebakaran di kem Kutupalong, salah satu penempatan pelarian terbesar di dunia memusnahkan 2,000 tempat perlindungan.

Dua tahun sebelum itu, sekurang-kurangnya 15 Rohingya terbunuh dan 50,000 lagi pelarian hilang tempat tinggal selepas kebakaran di kem yang sama.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya