Kedah, Sabah bakal bermain ACC 2024

Kedah, Sabah bakal bermain ACC 2024

MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mencalonkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) untuk beraksi di ASEAN Club Championship (ACC) yang dijadualkan bermula tahun ini.

Cadangan itu telah dipanjang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan kedudukan tempat ketiga dan keempat diduduki Kedah serta Sabah dalam saingan Liga Super musim lalu.

“Berdasarkan pengumuman mengenai Kejohanan Kelab ASEAN yang dijadualkan bermula tahun ini, MFL telah mencalonkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC kepada AFF melalui FAM agar kelab yang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-3 dan ke-4 untuk beraksi di ASEAN Club Championship (ACC) 2024.

“Walaubagaimanapun, MFL masih belum menerima maklum balas AFF mengenai cadangan ini,” kata MFL dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya