KBS 'belanja' skrin besar tonton aksi Piala Asia

KBS ‘belanja’ skrin besar tonton aksi Piala Asia

Penyokong Harimau Malaya boleh saksikan aksi pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyediakan dua skrin besar di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi membolehkan penyokong menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya pada Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, skrin besar itu akan menayangkan ketiga-tiga perlawanan membabitkan skuad kebangsaan dalam menentang aksi kumpulan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

“KBS akan menyediakan fasiliti skrin besar untuk ketiga-tiga perlawanan Harimau Malaya nanti. Kita akan buka Stadium Nasional Bukit Jalil kepada semua penyokong Harimau Malaya.

“Pastikan anda datang untuk menyokong pasukan Harimau Malaya,” katanya.

Terdahulu, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan bakal menyiarkan semua perlawanan Piala Asia 2023 secara langsung termasuk membabitkan Harimau Malaya.

Tiga aksi Harimau Malaya akan disiarkan mengikut waktu siaran yang ditetapkan. Skuad negara bakal turun menentang Jordan untuk aksi pertama Kumpulan E pada 16 Januari 2024, jam 1.30 pagi.

Ini disusuli aksi kedua menentang Bahrain pada 20 Januari 2024, jam 10.30 malam. Malaysia menutup kempen Kumpulan E dengan menentang Korea Selatan pada 25 Januari 2024, jam 7.30 malam.

Hannah juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang telah membanggakan rakyat Malaysia

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya di Qatar sekarang. Penantian lebih 40 tahun ini merupakan satu prestasi yang membanggakan rakyat Malaysia.

“Ingat bila anda masuk padang nanti, jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukan yang terbaik. Saya juga mengucapkan tahniah kepada FAM dan Kim Pan gon atas usaha anda membantu pasukan Harimau Malaya melangkah sejauh ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya