Israel sebarkan risalah cari maklumat tebusan

Israel sebarkan risalah cari maklumat tebusan

GAMBAR yang diambil pada 20 Januari 2024 di Rafah di selatan Gaza menunjukkan seorang lelaki memegang salah satu risalah yang digugurkan oleh tentera Israel ke atas bandar itu menunjukkan potret tebusan Israel yang ditahan di Gaza sejak serangan 7 Oktober lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pasukan tentera Israel menjatuhkan risalah di bahagian selatan Gaza bagi meminta penduduk memberi maklumat tentang tebusan yang ditahan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Risalah yang dijatuhkan pada Sabtu lalu menunjukkan gambar puluhan tawanan yang masih berada di Gaza bersama dengan mesej yang menyatakan akan ada faedah bagi sesiapa yang memberikan maklumat kepada Israel.

“Anda mahu pulang? Sila laporkan jika anda mengenal pasti salah seorang dari mereka,” keterangan dalam mesej tersebut yang juga menyenaraikan nombor telefon dan pautan ke laman web yang mengandungi gambar dan nama tawanan dalam bahasa Arab.

Seorang penduduk utara Gaza, Abu Ali berkata, Israel meminta bantuan rakyat di sana kerana mereka gagal mencari kedudukan sebenar tawanan.

“Hentikan perang Netanyahu! (Perdana Menteri Israel) dan dapatkan orang-orang anda kembali,” katanya kepada agensi berita Reuters.

Tebusan Israel diambil semasa serangan Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel di mana lebih dari 1,100 orang terbunuh.

Israel sejak itu secara berterusan mengebom dan menyerang Gaza, membunuh lebih dari 24,900 Palestin, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Lebih dari 100 tawanan dibebaskan semasa gencatan senjata singkat antara Israel dan Hamas pada November lalu.

Israel mengatakan 132 masih berada di Gaza dan 27 meninggal dalam tahanan.

Pada Sabtu lalu di ibu negara Israel, puluhan keluarga tebusan berhimpun di luar kediaman peribadi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menuntut beliau mencapai perjanjian dengan Hamas untuk memastikan pelepasan tebusan berkenaan.

Para penyokong merancang untuk menghabiskan semalaman dengan berkampung di luar rumah Netanyahu di bandar pantai Caesarea, kira-kira 60 kilometer ke utara Tel Aviv.

Menurut wartawan Al Jazeera, Laura Khan yang melaporkan dari timur Jerusalem, penunjuk perasaan mahu Netanyahu keluar dan berbicara dengan mereka.

Tambah Laura, orang ramai yang berdiri di luar rumah Netanyahu mengangkat poster bertulis ‘Kami mahu perjanjian sekarang.’

“Seseorang, yang adik lelakinya berada dalam tahanan dan ibunya dibebaskan dalam perjanjian terakhir menyatakan Netanyahu memandang mata beliau dan berkata tawanan itu penting. Dia percaya beliau berbohong.

Katanya ada darah di tangannya,” tambahnya.

Jumaat lalu, menteri Kabinet perang Israel dan bekas ketua tentera, Gadi Eizenkot berkata, perjanjian diperlukan untuk memastikan tawanan yang masih ditahan di Gaza dibebaskan hidup-hidup, menambahkan bahawa serangan kilat sangat tidak mungkin berjaya.

Namun, Netanyahu berkata, beliau akan mengejar ‘kemenangan sepenuhnya’ terhadap Hamas tetapi belum menjelaskan bagaimana beliau akan mencapainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya