Israel roboh kediaman, ladang rakyat Palestin untuk bina zon

Israel roboh kediaman, ladang rakyat Palestin untuk bina zon penampan

KENDERAAN tentera Israel berkawal berhampiran sempadan Gaza.-AL JAZEERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Usaha Israel untuk mewujudkan zon penampan di sepanjang sempadannya dengan Gaza merupakan jenayah dan tindakan pencerobohan terang-terangan terhadap rakyat Palestin.

Pegawai Hamas, Osama Hamdan berkata, Israel cuba mewujudkan kawasan keselamatan di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan meratakan seluruh blok kediaman, ladang dan infrastruktur awam.

Namun, katanya, rakyat akan menggagalkan percubaan ini melalui penentangan.

“Ini adalah jenayah dan pencerobohan terang-terangan terhadap tanah kami dan tempat suci kami,” katanya.

Osama menggelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai khayal dan berkata Gaza akan dijadikan tanah perkuburan. 

Dia juga mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana menyalurkan bantuan kepada tentera Israel selain terlibat dalam perlakuan jenayah terhadap Gaza.

Media Israel pada Rabu lalu melaporkan, tenteranya menyasarkan untuk mewujudkan zon penampan tidak rasmi kira-kira satu kilometer lebar untuk menghalang penyerang daripada sampai ke komuniti Israel berhampiran Gaza.

Dua saluran televisyen menyiarkan rakaman yang menunjukkan aktiviti perobohan terkawal beberapa struktur di sempadan Gaza.

Kawasan itu adalah kawasan serangan yang membunuh 24 tentera Israel pada Isnin lalu menyebabkan kekalahan terbesar tentera israel  sejak 7 Oktober lalu.

Jurucakap tentera tidak menggunakan istilah zon penampan sebaliknya mengatakan tentera merobohkan infrastruktur berhampiran sempadan untuk menyediakan keselamatan bagi masyarakat Israel di kawasan seberang.

Setiausaha Agung parti Inisiatif Nasional Palestin, Mustafa Barghouti, berkata niat sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk mengurangkan saiz Gaza. 

Jika dilaksanakan, Mustafa memberitahu Al Jazeera, ia hanya boleh dianggap sebagai tindakan pembersihan etnik sambil menandakan pengiktirafan kegagalan matlamat tentera Israel di Gaza.

Bekas pendakwa jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,Geoffrey Nice, memberitahu Al Jazeera, Israel tidak mempunyai alasan secara sah untuk mewujudkan zon penampan di Gaza dengan memusnahkan rumah Palestin dan merampas tanah pertanian.

Beliau berkata, tanah ladang yang subur yang ingin diambil alih oleh Israel adalah penting kepada ekonomi Gaza.

“Tetapi prosesnya sudah bermula. Sebilangan besar bangunan telah pun diratakan. Ia tidak wajar, mengikut pandangan mana-mana, di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Nice.

Nice turut  mencadangkan sekatan oleh negara berkuasa terhadap Israel bagi menghentikan rampasan tanah dilakukan.

Kimberly Halkett dari Al Jazeera, melaporkan dari Washington berkata, rancangan Israel untuk mewujudkan zon penampan di Gaza tidak berjalan lancar di White House. 

“Ini hanyalah satu lagi contoh keretakan yang semakin meningkat antara pentadbiran (Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan kerajaan Israel,” katanya. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya