Iran serang Pakistan untuk keselamatan dalam negara 

Iran serang Pakistan untuk keselamatan dalam negara -penganalisis

AKTIVIS belia Muslim Talba Mahaz (MTM) melaungkan slogan perjuangan semasa protes terhadap serangan udara Iran, di Islamabad, Pakistan, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Serangan Iran ke atas Pakistan minggu ini yang turut mendapat tindak balas ketenteraan menimbulkan kebimbangan kegawatan serantau yang lebih besar.

Menurut penganalis politik, hal ini berlaku disebabkan usaha Iran untuk mengukuhkan keselamatan dalam negaranya. 

Menurut penganalisis berkenaan, kedua-dua negara berjiran itu memiliki senjata berat dan sering kali berselisih kerana berlaku  ketidakstabilan di sempadan mereka.

“Nampaknya Iran mahu membendung tekanan akibat pencerobohan rentas sempadan berprofil tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata penganalisis berkenaan.

Iran membuat kejutan di seluruh wilayah itu pada Selasa lalu dengan serangan peluru berpandu terhadap pejuang Muslim Sunni di barat daya Pakistan. 

Dua hari kemudian, Pakistan membalas dendam dengan menyerang pejuang pemisah di Iran dan ini menjadi serangan udara pertama oleh pesawat perang di bumi Iran sejak perang Iran-Iraq dari 1980 hingga 88.

Serangan Selasa lalu adalah satu daripada serangan rentas sempadan paling sukar Iran terhadap kumpulan pejuang Sunni Jaish al-Adl di Pakistan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Daesh. 

Ramai anggota Jaish sebelum ini menganggotai kumpulan militan yang kini tidak berfungsi dikenali sebagai Jundallah yang berikrar taat setia kepada Daesh.

Tindakan itu menambah kebimbangan mengenai ketidakstabilan Asia Barat yang merebak sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober lalu. 

Penganalisis di Eurasia GroupGregory Brew, sebuah perunding risiko antarabangsa berkata, serangan Tehran sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan Iran yang semakin meningkat tentang ancaman keganasan militan domestik berikutan serangan maut pada 3 Januari lalu, pengeboman yang didakwa oleh kumpulan Daesh.

“Terdapat banyak tekanan domestik untuk melakukan sesuatu dan kepimpinan bertindak balas terhadap tekanan itu,” katanya.

Jurucakap Kementerian Luar Iran dan Pakistan tidak dapat dihubungi untuk mengeluarkan kenyataan.

Menteri Penerangan Pakistan, Murtaza Solangi berkata, pemimpin awam dan tentera tertinggi negara itu akan menjalankan semakan keselamatan hari ini mengenai kebuntuan itu.

Terdahulu, Pakistan memanggil semula dutanya dari Iran sebagai protes terhadap serangan Selasa lalu. 

Iran pula mengutuk sekeras-kerasnya serangan Pakistan pada Khamis lalu dengan mengatakan orang awam terbunuh dan memanggil diplomat paling kanan Pakistan di Iran untuk memberi penjelasan.

Tetapi dalam kenyataan mereka, kedua-dua kerajaan tidak mengaitkan dengan perang Gaza atau serangan yang dilakukan untuk menyokong rakyat Palestin oleh rangkaian militia Arab yang bersekutu dengan Iran dari Mediterranean ke Teluk. -REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya