Iran lancar tiga satelit ke angkasa lepas

Iran lancar tiga satelit ke angkasa lepas

GAMBAR menunjukkan pelancaran satelit Soraya di Iran. -Arabnews.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Setelah melalui beberapa episod kegagalan akibat sekatan, Iran berjaya melancarkan tiga satelit ke angkasa lepas.

Kejayaan itu sekali gus menepis dakwaan Barat terhadap Iran yang dikatakan meningkatkan penggunaan peluru berpandu balistik.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA berkata, pelancaran itu juga menyaksikan kejayaan penggunaan roket Simorgh Iran yang mengalami kegagalan dan disekat pada masa lalu.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mendakwa pelancaran satelit Iran menentang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

AS menggesa Iran untuk tidak melakukan sebarang aktiviti melibatkan peluru berpandu balistik yang mampu menghantar senjata nuklear. 

Malah, sekatan PBB berkaitan program peluru berpandu balistik Iran tamat pada Oktober lalu.

Komuniti perisikan AS berkata,  pembangunan pelancar satelit berkenaan memendekkan garis masa Iran untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua kerana ia menggunakan teknologi serupa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya